Bangunan runtuh di Poland: Empat terbunuh, 24 cedera

Agensi
Mac 4, 2018 05:50 MYT
Mangsa yang terselamat kini ditempatkan di hotel berdekatan dan disediakan dengan bantuan perlindungan daripada kerajaan Poland. - Foto AP
Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 24 yang lain cedera di Poznan, Poland apabila sebuah bangunan apartment runtuh.
Bangunan itu mengandungi 18 kediaman dan menempatkan 40 orang penduduk.
Operasi mencari dan menyelamat yang diketuai pasukan bomba dan penyelamat sedang giat menjalankan pencarian mangsa-mangsa yang mungkin terperangkap di bawah timbunan runtuhan.
Menurut Gabenor Serantau, Zbigniew Hoffman berkata punca kejadian runtuhan masih disiasat tetapi pihaknya tidak menolak letupan gas sebagai punca kejadian.
Mangsa yang terselamat kini ditempatkan di hotel berdekatan dan disediakan dengan bantuan perlindungan daripada kerajaan Poland.
#apartment #bangunan runtuh #bomba #cedera #hotel #kediaman #letupan #mangsa #Penduduk #poland #Poznan
;