Bangunan runtuh di Jakarta, 8 cedera dan beberapa lagi terperangkap
Agensi
Januari 6, 2020 12:41 MYT
Januari 6, 2020 12:41 MYT
Sebuah bangunan empat tingkat runtuh di Jakarta pagi ini, mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang, sementara beberapa lagi dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan.
Laporan awal sebuah stesen televisyen tidak menyatakan sama ada ada yang terkorban atau tidak.
Sementara itu, agensi berita Indonesia, Kompas melaporkan kejadian berlaku di Jalan Brigjen Katamso, Kota Bambu Selatan, Palmerah, Jakarta Barat.
Bangunan itu turut dilihat menimpa sebuah pasar mini Alfamart yang berada di tingkat paling bawah.
Runtuhan turut terkena kenderaan yang diparkir di sekelilingnya.
Punca kejadian kejadian masih belum diketahui.