Bangunan Parlimen Afrika Selatan terbakar

Agensi
Januari 2, 2022 15:22 MYT
Bagaimanapun, setakat ini punca kejadian masih belum disahkan - Foto AP
CAPE TOWN: Bangunan Parlimen Afrika Selatan di Cape Town dilaporkan terbakar pada Ahad.
Memetik laporan AFP, angota bomba tiba di lokasi kejadian sekitar 5.30 pagi waktu tempatan bagi memadamkan api yang sedang marak.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan bandar memaklumkan insiden itu turut mengakibatkan bumbung dan bangunan Dewan Negara dijilat api.
Keadaan api dilaporkan tidak terkawal, selain berlaku keretakan pada dinding bangunan.
Bagaimanapun, setakat ini punca kejadian masih belum disahkan.
Dewan Parlimen di Cape Town terdiri daripada tiga bahagian termasuk bangunan asal dan tertua yang siap dibina pada 1884.
Sementara pada tahun 1920 dan 1980-an, bahagian baharu yang menempatkan Dewan Negara pula dibina.
#Parlimen Afrika Selatan terbakar #berita luar negara #Cape Town
;