Bangunan lapan tingkat runtuh susulan hujan lebat di India
Astro Awani
Oktober 2, 2021 09:24 MYT
Oktober 2, 2021 09:24 MYT
SEBUAH bangunan lapan tingkat runtuh di Himachal Pradesh, India pada Khamis, susulan hujan lebat dan kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut.
Menurut Pengarah Pengurusan Bencana Himachal Pradesh, Sudesh Kumar Mokhta, bangunan tersebut yang terletak di Shimla itu runtuh akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat.
Katanya, runtuhan tersebut turut menyebabkan kemusnahan kepada dua bangunan berdekatan serta membahayakan beberapa bangunan lain di sekitar kawasan tersebut, termasuk sebuah hotel.
Setakat ini, tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan.