Bangunan kediaman di New York meletup, runtuh: polis

Astro Awani
Mac 12, 2014 15:04 MYT
Satu bangunan kediaman di East Harlem, New York meletup dan runtuh pada Rabu menyebabkan kebakaran dan asap tebal menyelubungi kawasan tersebut.
Sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan seramai 11 orang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut yang berlaku di 116th Street dan Park Avenue.
Semua perkhidmatan keretapi di terminal Grand Central dihentikan.
Rakaman televisyen menunjukkan sisa-sisa runtuhan bertaburan di jalan berdekatan dan di sekeliling bangunan runtuh tersebut.
#New York