Banglo mewah milik pengedar dadah bakal dilelong

Astro Awani
Julai 31, 2019 13:45 MYT
Banglo milik pengedar dadah Zhenli Ye Gon yang akan dilelong pada harga AS$5 juta oleh kerajaan Mexico pada 11 Ogos ini. - Gambar AP
KERAJAAN Mexico bercadang untuk melelong sebuah banglo milik usahawan warga Mexico - China atas tuduhan terlibat dalam kes pengedaran dadah.
Kerajaan Persekutuan Mexico dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan, lelongan banglo berkenaan akan diadakan pada 11 Ogos ini.
Nilai banglo berkenaan sebanyak AS$5 juta itu merupakan milik suspek pengedar dadah, Zhenli Ye Gon.
Banglo berkenaan terletak di kawasan kejiranan Las Lomas De Chapul-Te-Pec yang dilengkapi dengan kolam renang, lif serta ruang untuk mengadakan majlis keraian.
Sebelum ini, pada 2007, pihak berkuasa merampas lebih AS$205 juta dari banglo berkenaan.
Dalam responnya pada 12 pertuduhan ke atasnya, Ye Gon mendakwa, dia mengimport bahan kimia untuk digunakan dalam ubat preskripsi secara sah.
#banglo #China #Dadah #kerajaan #lelong #Mexico #suspek #usahawan
;