Bangladesh kemuka permohonan sertai BRICS
Bernama
Jun 20, 2023 11:59 MYT
Jun 20, 2023 11:59 MYT
DHAKA: Bangladesh mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menyertai BRICS, akronim kepada lima kuasa ekonomi sedang pesat membangun iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Permohonan itu dikemukakan berikutan pertemuan antara Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa di Geneva Rabu lalu, lapor akhbar Bangladesh Dhaka Tribune pada Isnin.
Sidang kemuncak BRICS tahun ini, yang dijadualkan berlangsung di Afrika Selatan pada Ogos, mungkin melibatkan perbincangan mengenai keanggotaan baharu.
-- BERNAMA