Bangladesh catat peningkatan tertinggi kes harian denggi dengan 2,959 kes

Bernama
Ogos 11, 2023 16:53 MYT
Keadaan dalam salah satu wad pesakit denggi di sebuah hospital di Dhaka, Bangladesh. - AP
DHAKA: Sejumlah 2,959 orang disahkan menghidap denggi di Bangladesh dalam tempoh 24 jam lepas, angka tertinggi dalam sehari tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan negara ini.
Dalam tempoh yang sama, 12 orang meninggal dunia dan 1,097 kes dilaporkan di Dhaka.
Setakat 8 pagi waktu tempatan pada Khamis, angka kes denggi melonjak kepada 78,028 di Bangladesh setakat ini tahun ini, lapor Xinhua.
Sehingga 26 Ogos, sebanyak 26,196 kes denggi dilaporkan selepas 43,854 orang dijangkiti penyakit itu pada Julai dan 364 kematian disahkan setakat ini.
Menurut kementerian itu, sejumlah 113 kematian direkodkan setakat ini pada Ogos, 204 kematian pada Julai dan 34 pada Jun.
-- BERNAMA
#Bangladesh #denggi #Dhaka #kes jangkitan #kematian akibat denggi
;