Remaja yang terbunuh dikenali sebagai Mahmoud Issa, 14 tahun dan Mustafa Eid, 19 tahun.

Perkembangan itu dijangka akan membangkitkan lagi kemarahan terhadap kepimpinan Presiden Mohamed Morsi dan parti yang menyokong Ikhwanul Muslimin.

Dalam bantahan yang diadakan pada Jumaat ia membabitkan 12 daripada 27 wilayah republik itu.

Manakala hampir setengah juta penunjuk perasaan mengambil bahagian.

Jumlah berkenaan dianggap kecil jika dinisbah dengan penduduk Mesir yang berjumlah 85 juta orang.