Bangkai pesawat Air Algerie ditemui di Mali

Astro Awani
Julai 25, 2014 08:17 MYT
Bangkai pesawat Air Algerie ditemui di Mali
Bangkai pesawat Air Algerie yang hilang pada Khamis ditemui di Mali berdekatan sempadan Burkina Faso, menurut koordinator ketenteraan di Ouagadougou.
Pesawat itu membawa 116 penumpang.
"Kami telah menemui pesawat Algeria itu. Lokasi bangkai pesawat itu telah dikenalpasti iaitu 50km utara berdekatan sempadan Burkina Faso di wilayah Gossi di Mali, menurut jeneral Gilbert Diendiere.
"Buat masa ini kita tiada maklumat lanjut berkenaan nasib penumpang." katanya.
Punca nahas juga masih belum dikenalpasti.
Seorang saksi berkata melihat pesawat itu jatuh di wilayah Gossi.
Menurut Menteri Luar Laurent Fabius, pesawat AH5017 itu berlepas dari Ouagadougou ke Algiers dengan membawa 51 penumpang warga Perancis terputus hubungan akibat cuaca buruk.
Menurut sumber penerbangan, pesawat itu turut membawa 24 warga Burkina Faso, Algeria (6), Sepanyol (6), Kanada (5), Jerman (4) dan Luxembourg (2).
#Air Algerie #Algeria #Mali
;