Bangkai nahas helikopter di East River dibawa keluar
Agensi
Mac 12, 2018 05:57 MYT
Mac 12, 2018 05:57 MYT
Bangkai helikopter yang terhempas di East River, New York pada Ahad yang mengorbankan lima nyawa dibawa keluar dari sungai tersebut.
Menerusi satu entri di Twitter, pihak Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) melaporkan bangkai berkenaan dibawa ke fasiliti khas untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut laporan, juruterbang sempat memaklumkan kepada transmisi radio kecemasan bahawa berlaku kegagalan pada enjin helikopter tersebut.
Juruterbang tersebut berjaya menyelamatkan diri dan diselamatkan oleh kapal tunda.