Banduan mengamuk bakar tilam, 5 pesalah juvana rentung terbakar
Agensi
Februari 15, 2018 15:35 MYT
Februari 15, 2018 15:35 MYT
Sekurang-kurangnya lima pesalah muda meninggal dunia di sebuahpusat tahanan juvana di utara Peru selepas kebakaran berlaku pada Rabu ketika berlaku pertikaian antara tahanan.
Pusat Diagnosis dan Pemulihan Juvana di mana kematian berlaku di bandar Trujillo, 550 kilometer di utara Lima di Peru
Menurut pihak berkuasa masih tidak jelas berapa banyak tahanan yang terlibat dalam keganasan, tetapi pihak berkuasa memberitahu media tempatan bahawa kebakaran bermula ketika tahanan yang marah bertindak membakar tilam mereka.
Pertempuran bermula di tingkat dua pusat di satu seksyen dimana 36 orang pesalah kanak-kanak ditempatkan.
Susulan itu anggota keluarga para tahanan berkumpul di luar pusat tahanan terbabit.
Dua puluh sembilan tahanan dihantar ke hospital terdekat dan kebanyakannya mengalami sesak nafas.
Pihak berkuasa belum lagi mendedahkan nama lima mangsa terbabit dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya selepas 3 jam.