Banduan gagal melarikan diri gunakan helikopter

Agensi
Februari 26, 2013 00:04 MYT
Cubaan seorang banduan melarikan diri dengan helikopter di penjara Trikala, Greece berjaya dipatahkan selepas banduan tersebut ditembak di kaki.
Helikopter yang terlibat dalam cubaan penuh dramatik itu dipaksa mendarat di tempat letak kereta penjara tersebut.
Ini adalah cubaan kali keempat Panagiotis Vlastos, 43 tahun, untuk melarikan diri. Dia sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabit dengan kesalahan membunuh.
Cubaan Vlastos itu mendapat bantuan daripada dua lelaki yang bersenjatakan AK 47 yang menaiki sebuah helikopter.
Selain itu, seorang banduan warga Albania turut didapati terlibat membantu Vlastos.
Vlastos cuba melarikan diri melalui tali yang dihulurkan daripada helikopter tersebut, namun gagal selepas kakinya ditembak oleh pengawal penjara.
Ia menyebabkan vlastos terjatuh dari jarak 10 kaki.
Dia pernah cuba melarikan diri dari penjara pada 1994, 1988 dan 2011.
#Albania #banduan #membunuh #Panagiotis Vlastos