Bandar Homs jadi rebutan

Astro Awani
Mac 11, 2013 07:07 MYT
Pertempuran sengit untuk menguasai Homs bandar ketiga terbesar di Syria berlarutan antara tentera kerajaan dan penentang.
Antara lokasi jadi sasaran serangan termasuk berhampiran kampus universiti di kejiranan Baba Amr.
Bangunan dan kenderaan tentera kerajaan turut dibedil di kawasan dikenali sebagai ‘Old Homs’.
Kumpulan penentang cuba mara sekali gus mahu menguasai Homs sejak tiga minggu lalu.
Homs merupakan bandar yang menjadi medan kebangkitan dan penentangan ke atas rejim pimpinan Bashar Assad.
Tentera kerajaan membedil kawasan berkenaan hampir sebulan selepas menawan semula daripada penentang tahun lalu.
Beratus-ratus orang terbunuh sepanjang pertempuran menguasai Homs melibatkan tentera kerajaan dan penentang.
#Baba Amr #Homs #Syria
;