STOCKHOLM: Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Ahad sebagai membantah tindakan membakar al-Quran di Sweden.

Perhimpunan itu berlangsung di dataran berhampiran masjid, tempat di mana seorang individu membakar naskhah al-Quran pada 28 Jun lalu.

Menurut Polis Sweden, bantahan itu disertai kira-kira 3,000 peserta, lapor Xinhua memetik akhbar Dagens Nyheter (DN).

Pengerusi Persatuan Islam Bersatu Sweden, Mustafa Issa, yang menganjurkan protes berkenaan, berkata tindakan membakar al-Quran itu satu perbuatan bertopengkan kebebasan bersuara dan ia tidak seharusnya dibenarkan berlaku.

-- BERNAMA