Bakal PM baharu Australia Anthony Albanese seru perpaduan, ikrar tidak pilih kasih

Astro Awani
Mei 22, 2022 10:30 MYT
Anthony Albanese berikrar untuk tidak pilih kasih dalam pentabdiran Kerajaan yang bakal dibentuk nanti. -Gambar fail/AP
SYDNEY: Bakal Perdana Menteri Australia yang baharu Anthony Albanese berikrar untuk tidak pilih kasih dalam pentabdiran Kerajaan yang bakal dibentuk nanti.
Malah, pasca pilihan raya yang menandakan lembaran baharu untuk Parti Buruh memerintah, beliau turut menyeru perpaduan dalam kalangan rakyat di Australia memandangkan ia kunci utama untuk sebuah kerajaan yang stabil.
BACA: Anthony Albanese bakal Perdana Menteri Australia baharu
Kemenangan Albanese bermakna kerajaan campuran pimpinan Scott Morrison selama tiga penggal sebelum ini, berakhir.
Albanese, 59, yang menerajui Parti Buruh sebelum ini merayu kepada pengundi supaya memberi peluang kepada partinya untuk mentadbir negara dan menolak kerajaan diterajui Morrison.
#PM baharu Australia #Anthony Albanese #Scott Morrison #Parti Buruh
;