Bakal nikah, anak Presiden Jokowi pilih penganalisis kewangan

Faida Rahim
September 4, 2022 03:50 MYT
Wanita yang disebut bakal menjadi menantu Presiden Jokowi itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana di Universiti Columbia dan bekerja di syarikat J.P Morgan sebagai Penganalisis Kewangan. - Foto Instagram/@ayanggkahiyang
JAKARTA: Anak bongsu Presiden Indonesia, Jokowi, Kaesang Pangarep dilaporkan akan bernikah tidak lama lagi.
Kaesang, yang merupakan usahawan makanan terkenal Indonesia, dilaporkan memilih wanita bernama Erina Gudono sebagai calon isteri.
Anak Presiden ketujuh Republik Indonesia itu dilihat hadir ke stadium bersama kekasihnya menyaksikan perlawanan bola sepak Derbi Jateng Persis Solo menentang PSIS Semarang, di Stadium Manahan, Solo, pada Sabtu.
Lelaki berusia 28 tahun ini sempat bergurau dengan pihak media Indonesia memberitahu, dia datang ke stadium untuk meninjau lokasi pre-wedding.
"Hadir untuk tinjau tempat pre-wed," katanya.
Difahamkan, wanita yang disebut bakal menjadi menantu Presiden Jokowi itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana di Universiti Columbia dan bekerja di syarikat J.P Morgan sebagai Penganalisis Kewangan.
#Joko Widodo #Kaesang Pangarep kahwin #Anak bongsu Jokowi #Presiden Indonesia