Bakal menantu Joko Widodo, kisah cinta Erina Gudono-Kaesang Pangarep jadi perhatian!

Nona
November 27, 2022 09:45 MYT
Erina dan Kaesang kini sedang sibuk menguruskan persiapan akhir menjelang hari bahagia mereka awal bulan depan. - Foto Majalah Nona
NAMPAKNYA Presiden Indonesia, Joko Widodo bakal menerima kehadiran menantu baharu di kediamannya tidak lama lagi.
Anak ketiganya, Kaesang Pangarep bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatinya, Erina Sofia Gudono.
Majlis perkahwinan pasangan ini dijangka diadakan pada awal Disember 2022 yang akan datang.
Menyingkap biodata bakal menantu Presiden Indonesia ini, bukan calang-calang orangnya.
Erina Gudono dilahirkan di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 11 Disember 1996 kini menginjak usia 25 tahun.
Erina merupakan lulusan Universitas Gadjah Mada (UGM) dalam jurusan Business Administration pada tahun 2018.
Gadis cantik ini turut melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menamatkan pengajian di Columbia University pada tahun 2021.
Siapa sangka, gadis ini juga pernah terlibat dalam Pertandingan Puteri Indonesia 2022 di mana dia terpilih menjadi finalis Puteri Indonesia 2022 mewakili provinsi (daerah) Yogyakarta.
Dari segi kerjaya, gadis ini juga menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kerjaya yang dipilihnya.
Erina pernah diterima bertugas di Bank Indonesia serta memegang jawatan sebagai Assistant Manager Apprenticeship mulai tahun 2020 hingga Julia 2021 yang lalu.
Kini, Erina bertugas sebagai Asia Analyst di JP Morgan Indonesia.
Menjengah laman Instagram miliknya, Erina dan bakal suaminya sibuk menguruskan persiapan untuk hari bahagia mereka.
Sejak kebelakangan ini, mereka sibuk melakukan sesi penggambaran pra perkahwinan yang memperlihatkan pasangan ini menggayakan beberapa busana tradisional dan moden di beberapa lokasi termasuklah Stadium Manahan, Jawa Tengah Indonesia dan Istana Kepresidenan Bogor.
Erina Gudono & Kaesang Pangerap menggayakan pakaian dari adat Dayak, Kalimantan sempena foto pra perkahwinan mereka.
Kaesang Pangarep pula merupakan anak ketiga Presiden Joko Widodo dan Iriana Joko Widodo.
Pemuda yang dilahirkan di Solo, Jawa Tengah pada 25 Disember 1994 ini merupakan seorang influencer yang mempunyai ramai pengikut di Instagram, Twitter dan YouTube.
Kaesang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian perniagaan makanan, fesyen dan teknologi.
Antara jenama yang bernaung di bawah empayar perniagaannya termasuklah Sang Pisang, Sang Javas (fesyen), Truz Official (fesyen), Madhang Indonesia (kulinari), Enigma Camp kemampuan (IT), Mangkokku (kulinari), Kemripik (kulinari) dan banyak lagi.
Majlis perkahwinan Kaesang dan Erina dijangka berlangsung pada 10 Disember ini di Yogyakarta.
Ramai yang sudah tidak sabar menantikan detik penyatuan pasangan ini bulan hadapan. Sudah tentu majlis perkahwinan pasangan ini bakal menjadi bualan di segenap pelusuk Indonesia! - Nona
#Joko Widodo #menantu Joko Widodo #anak Joko Widodo #Indonesia
;