Bajet Portugal tidak diluluskan, bakal adakan pilihan raya awal

Astro Awani
Oktober 28, 2021 05:49 MYT
Cadangan bajet itu ditolak dengan 117 undi berbanding 108, dengan lima berkecuali. - Foto REUTERS
LISBON: Bajet 2022 bagi negara Portugal gagal mendapat kelulusan Parlimen.
Ia mungkin mencetuskan pilihan raya dan sekali gus merencatkan pelan pemulihan negara susulan pandemik COVID-19, setelah kerajaan minoriti yang dipimpin parti berhaluan sosialis gagal mendapatkan sokongan majoriti berkenaan.
Cadangan bajet itu ditolak dengan 117 undi berbanding 108, dengan lima berkecuali.
Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa, yang tidak mempunyai kuasa eksekutif sebelum ini memberi amaran akan mengadakan pilihan raya awal jika Parlimen tidak meluluskan rancangan perbelanjaan kerajaan tahun depan.
Untuk itu, beliau boleh membuat pengumuman rasmi minggu depan, selepas berunding dengan parti politik dan lain.
Tempoh empat tahun kerajaan Portugal ketika ini sepatutnya berakhir pada 2023.
#bajet #Portugal #pilihan raya #Marcelo Rebelo de Sousa
;