Bahang perang Syria merebak ke Lubnan

Astro Awani
Mei 25, 2013 08:03 MYT
Konflik Syria yang mula merebak ke negara luar kini mengancam kestabilan jiran terdekat, Lubnan.
Antara yang menjadi sasaran ialah penduduk yang menetap di kawasan sempadan.
Mereka khuatir akan terjerumus ke dalam kancah perang.
Ia sekaligus menjejaskan keadaan ekonomi yang antara lain bergantung kepada sektor pelancongan.
Penduduk tempatan juga khuatir keadaan yang tidak stabil menyebabkan mereka kehilangan kerja.
Malah ada yang merancang untuk berhijrah ke luar negara.
Untuk itu penduduk mendesak kerajaan mengukuhkan kawalan keselamatan, terutamanya di sempadan.
Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.
#konflik #luar negara #lubnan #sempadan #Syria
;