Bahana bilik darjah runtuh, tujuh murid maut

Agensi
September 23, 2019 09:40 MYT
Pasukan keselamatan masih giat melakukan kerja-kerja menyelamat dan membersihkan sisa runtuhan di bilik darjah tersebut. Foto: REUTERS/Njeri Mwangi
Sekurang-kurangnya tujuh murid sekolah maut selepas sebuah bilik darjah runtuh di Nairobi, Kenya pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, setakat ini 60 kanak-kanak lain dilaporkan cedera dan kini sedang dirawat di hospital.
Memetik laporan AP, kejadian itu berlaku di sekolah swasta, Akademi Previous Talent, Dagoretti.
Ia dilaporkan berlaku pada jam 7 pagi waktu tempatan sebaik sahaja murid-murid itu memulakan waktu persekolahan.
Pasukan keselamatan masih giat melakukan kerja-kerja menyelamat dan membersihkan sisa runtuhan di bilik darjah tersebut.
Susulan kejadian, orang ramai mula berkumpul dan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kejadian tersebut.
Bagaimanapun, jurucakap kerajaan masih belum mendedahkan punca berlakunya runtuhan tersebut dan pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan terperinci.
Lebih 800 murid dilaporkan berdaftar di sekolah tersebut.
#Akademi Previous Talent #Hospital #Kanak-kanak #Kenya #murid #Nairobi #runtuh #sekolah swasta