Bahan letupan ditemui di kediaman jutawan George Soros

Agensi
Oktober 23, 2018 12:38 MYT
Soros sememangnya sering dijadikan sasaran kumpulan sayap kanan Amerika Syarikat dan Eropah Timur yang menentang kapitalisme. - Foto REUTERS/Luke MacGregor/File Photo
Kediaman jutawan kewangan terkemuka dunia, George Soros gempar apabila satu bahan letupan ditemui di peti surat di rumahnya di New York.
Menurut polis, pihak berkuasa menerima panggilan dari kediaman terbabit yang terletak di Katonah, New York itu sekitar 3.45 petang yang mendakwa satu bungkusan pelik diletakkan di peti surat terbabit.
“Seorang pekerja telah membuka bungkusan terbabit dan menemui bahan letupan,” menurut polis seperti dilaporkan oleh New York Times.
Pekerja terbabit kemudiannya meletakkan bungkusan terbabit di kawasan semak berhampiran sebelum memanggil polis.
Pasukan pemusnah bom kemudiannya meletupkan bungkusan itu.
Bagaimanapun Soros tidak berada di rumah ketika kejadian.
Soros sememangnya sering dijadikan sasaran kumpulan sayap kanan Amerika Syarikat dan Eropah Timur yang menentang kapitalisme.
#Amerika Syarikat #bom #George Soros #Jutawan #letupan #New York #polis #rumah
;