Bahan kimia tidak dilabel didakwa punca letupan di depoh kontena

Astro Awani
Jun 6, 2022 06:15 MYT
Anggota bomba ketika usaha pemadaman api dilakukan susulan kebakaran serta letupan besar di depoh kontena. - Foto AP
DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh mendakwa kebakaran yang meragut hampir 50 nyawa di depoh kontena di Chittagong berpunca daripada bahan kimia yang tidak disimpan dengan betul.
Ia termasuk bahan kimia jenis hidrogen peroksida, yang tidak dilabel.
Ini mengakibatkan pasukan bomba menggunakan air, di mana sepatutnya operasi memadam menggunakan buih, sekaligus menyebabkan letupan besar berlaku.
Angka korban terbaharu termasuk sembilan anggota bomba dan jumlah mengsa cedera kini meningkat kepada hampir 300.
Menurut laporan Associated Press, piawaian keselamatan antara punca kebakaran itu menjadi lebih buruk.
Ia diburukkan lagi dengan tiada semakan dilakukan mengenai isi kandungan kontena.
Media tempatan melaporkan depoh yang menempatkan kira-kira 5,000 kontena itu dimiliki BM Container Depot Limited, sebuah syarikat Belanda-Bangladesh.
#kebakaran #depoh kontena #bahan kimia #letupan besar
;