Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Hikmat Hajiyev
Irfan Faruqi
November 19, 2024 23:14 MYT
November 19, 2024 23:14 MYT
KUALA LUMPUR: Bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga dan tidak mungkin boleh digantikan dengan sumber tenaga boleh baharu sepenuhnya.
Ringkasan AI
- Bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga utama: Tidak ada alternatif sempurna kepada bahan api fosil pada masa ini, dan ia akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Peralihan tenaga dan agenda hijau perlu diteruskan: Walaupun bahan api fosil masih dominan, usaha peralihan kepada tenaga hijau dan transformasi hijau adalah penting dan perlu diteruskan. Inisiatif hijau Azerbaijan: Azerbaijan telah mengambil langkah dalam peralihan tenaga hijau, termasuk pembukaan ladang solar dengan 570,000 panel solar di Baku.
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev menjelaskan, kerana itu, langkah peralihan tenaga dan agenda hijau perlu terus dilakukan tanpa henti.
“Hampir semua negara di dunia menggunakan produk berasaskan bahan api fosil. Kita juga perlu mengakui bahawa ketika ini tidak ada alternatif sempurna kepada bahan api fosil.
"Bahan bakar ini akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Agenda dan transformasi hijau adalah penting, tetapi ia tidak akan mampu mengubah sepenuhnya infrastruktur dan komposisi keselamatan tenaga sesebuah negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa, ketika ditemui semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 29).
Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Antara lain katanya, Azerbaijan telah membuka ladang solar yang melibatkan 570,000 panel solar di ibu kotanya, Baku.
COP29 di Baku, Azerbaijan berlangsung dari 11 November sehingga 22 November ini dengan sasaran mencapai persetujuan khususnya berkaitan dengan pendanaan iklim.
Agenda AWANI: COP29 | Belajar daripada Azerbaijan, makna perubahan