Bagaimana keadaan hidup di Gaza sebelum serangan terbaru Israel ini?
Astro Awani
Julai 17, 2014 09:11 MYT
Julai 17, 2014 09:11 MYT
Sekatan dan tekanan yang dikenakan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza menjadikan mereka hidup dalam serba kesusahan dan kepayahan.
Namun dalam keadaan yang membebankan itu, akal penduduk Gaza panjang dalam usaha mereka mencari alternatif demi kelangsungan hidup.
Bekas wartawan kanan Astro AWANI, Wan Mahazir Man Mahmud cuba melihat alternatif penduduk Gaza pada tahun 2012 dalam usaha mereka meneruskan kehidupan.
Terowong bawah tanah merupakan nadi kehidupan penduduk Gaza dalam usaha mereka menyeludup barang keperluan dari sempadan Mesir.
Difahamkan terdapat lebih 1,000 terowong bawah tanah digali oleh penduduk Gaza dan ada antaranya boleh dilalui oleh kenderaan pelbagai guna.
Terdapat juga mesin yang digunakan untuk mengerakkan tali pengangkut barangan. Ia bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia.