Badan pemerhati AS saman Tesla atas dakwaan perkauman
Bernama
September 30, 2023 22:56 MYT
September 30, 2023 22:56 MYT
MOSCOW: Suruhanjaya Equal Employment Opportunity (EEOC) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Tesla atas dakwaan perkauman terhadap pekerja kulit hitam di kilang pemasangan di California.
Sputnik melaporkan bahawa pembuat kereta elektrik itu juga telah menghukum mereka yang cuba bersuara menentang diskriminasi itu.
"Pembuat kereta elektrik Tesla, Inc melanggar undang-undang persekutuan dengan membenarkan perkauman secara meluas dan berterusan terhadap pekerja kulit hitam dan mengenakan tindakan ke atas beberapa pekerja ini kerana membantah gangguan itu," memetik tuntutan EEOC.
Badan pemerhati itu mendakwa pekerja kulit hitam di kilang Tesla di California telah mengalami penderaan dan permusuhan kaum sekurang-kurangnya sejak 2015.
Mereka mendakwa sering dipanggil dengan perkataan "N" dan "monyet", menurut kenyataan itu. .
EEOC menuntut pampasan bagi mereka yang terjejas dan injunksi mahkamah untuk menukar amalan pekerjaan syarikat bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang pada masa hadapan.
-- BERNAMA