'Baby Sussex' sudah diberi nama!

Agensi
Mei 8, 2019 23:54 MYT
Anak yang baru dilahirkan ini, menjadi waris ketujuh dalam takhta diraja. - Foto REUTERS
PUTERA Harry dan Duchess of Sussex Meghan Markle telah menamakan anak sulung mereka yang baru lahir sebagai Archie Harrison Mountbatten-Windsor.
Nama itu diberi selepas pasangan diraja Britain itu mendedahkan wajah 'Baby Sussex' kepada umum di Istana Windsor pada Rabu.
BACA: "It's magic" - Putera Harry, Meghan Markle dedah wajah bayi sulung mereka
Pengumuman itu dibuat selepas Ratu dan Duke of Edinburgh bertemu dengan cicit mereka buat kali pertama di istana tersebut.
Setakat ini, belum ada gelaran diraja yang diberikan kepada bayi berkenaan.
Meghan selamat melahirkan bayi lelaki pada awal pagi Isnin waktu tempatan.
Perkara itu didedahkan menerusi muat naik ke akaun Instagram yang dikongsi suaminya Putera Harry, serta Twitter rasmi keluarga diraja Britain, @RoyalFamily.
Anak yang baru dilahirkan ini, menjadi waris ketujuh dalam takhta diraja.
#Archie Harrison Mountbatten-Windsor #Baby Sussex #Duchess of Sussex #Pasangan diraja Britain #Putera Harry
;