ISTANBUL: Azerbaijan dan Armenia bersetuju untuk memulakan "proses konkrit" ke arah rundingan damai, kata Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) Charles Michel pada Rabu selepas mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pemimpin di Brussels.
Beliau berkata "banyak kemajuan" dicapai selepas pertemuan selama lima jam dengan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan.
Para pemimpin juga bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama dan mengekalkan "saluran komunikasi", lapor Agensi Anadolu.
Michel turut mengeluarkan kenyataan mengenai hasil mesyuarat tiga penjuru itu, serta mengulangi komitmen Kesatuan Eropah untuk "meningkatkan kerjasama dengan Armenia dan Azerbaijan" bagi membendung ketegangan di Caucasus Selatan dan menjamin "keselamatan, kestabilan, serta wilayah yang aman dan makmur".
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pemimpin menzahirkan keinginan "ke arah mempercepatkan perjanjian damai antara dua negara."
"Menteri-menteri luar negeri akan diminta menyediakan perjanjian damai masa depan dengan mengambil kira pelbagai isu penting," Michel dipetik sebagai berkata.
Kedua-dua pemimpin juga bersetuju mengadakan Suruhanjaya Sempadan Bersama pada hujung April.
"Mandat Suruhanjaya Sempadan Bersama berfungsi menentukan sempadan dua hala antara Armenia dan Azerbaijan dan memastikan keselamatan di sepanjang, dan di sekitar sempadan," menurut kenyataan itu.
Hubungan antara kedua-dua negara bekas Soviet itu tegang sejak 1991, apabila tentera Armenia menduduki Nagorno-Karabakh, juga dikenali sebagai Upper Karabakh, sebuah wilayah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan.
Pertempuran meletus pada September 2020, dan konflik selama 44 hari itu menyaksikan Azerbaijan membebaskan beberapa bandar dan lebih 300 penempatan dan kampung yang diduduki Armenia selama hampir 30 tahun.
Perjanjian tiga penjuru telah ditaja Rusia demi menamatkan perang pada November 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
![Azerbaijan, Armenia mulakan proses ke arah rundingan damai - Presiden EU Azerbaijan, Armenia mulakan proses ke arah rundingan damai - Presiden EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649326397_PresidenAzerbaijan.jpg)
Banyak kemajuan dicapai selepas pertemuan selama lima jam dengan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev (kiri) dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736572467_IlhamAliyev.jpg)
Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev
Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa.
![Azerbaijan belanja US$12 bilion untuk kerja pembinaan semula wilayah yang dibebaskan Azerbaijan belanja US$12 bilion untuk kerja pembinaan semula wilayah yang dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731675459_TBIrfanDavudov.jpg)
Azerbaijan belanja US$12 bilion untuk kerja pembinaan semula wilayah yang dibebaskan
Kerja-kerja pembinaan semula termasuk membina semula bandar dan kampung, jalan raya, jambatan, serta memulihkan monumen yang musnah.
![Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727388588_Azerbaijantandatan.jpg)
Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan
Pembelian pesawat JF-17 itu "akan memperkukuh keupayaan kuasa udara Azerbaijan.
![Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712240478_MutangTagal.jpg)
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.
![Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29 Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714604953_IlhamAliyev.jpg)
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
![Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711704216_TBICJjpg.jpg)
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
![Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702025068_ArmeniaNewChalleng.jpg)
Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan
Armenia dan Azerbaijan pada Khamis bersetuju untuk saling membebaskan tahanan.
![Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696565303_AraratMirzoyan.jpg)
Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh
Dengan kebimbangan dan kekecewaan yang mendalam, Armenia memperoleh maklumat mengenai lawatan delegasi PBB ke Nagorno-Karabakh.
![Hampir 100,000 penduduk Nagorno-Karabakh lari ke Armenia Hampir 100,000 penduduk Nagorno-Karabakh lari ke Armenia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81696063457_Armenia.jpg)
Hampir 100,000 penduduk Nagorno-Karabakh lari ke Armenia
Hampir 100,000 penduduk melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas wilayah itu ditawan Azerbaijan dalam operasi ketenteraan.
![Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695723008_explosion.jpg)
Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera
Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin.