Ayam ternakan di Thailand diberi makan ganja

Sinar Harian
Jun 14, 2022 08:00 MYT
Sebuah komuniti penternakan di Lampang, utara Thailand menyediakan ganja sebagai makanan untuk ayam ternakan mereka selepas mendakwa ia dapat meningkatkan kualiti daging dan telur. -Gambar hiasan/Reuters
BANGKOK: Sebuah komuniti penternakan di Lampang, utara Thailand menyediakan ganja sebagai makanan untuk ayam ternakan mereka selepas mendakwa ia dapat meningkatkan kualiti daging dan telur.
Presiden Perusahaan Komuniti Peth Lanna, Sirin Chaemthet memaklumkan eksperimen tersebut dijalankan dengan kerjasama Fakulti Pertanian di Universiti Chiang Mai.
"Kesan ganja lebih baik berbanding antibiotik.
"Tahap imuniti ayam ternakan itu untuk melawan penyakit juga meningkat selain dapat bertahan walaupun dalam keadaan cuaca buruk," ujarnya.
Menurutnya, perusahaan berkenaan telah menjual daging ayam dan telur pada harga 100 baht (RM12) sekilo dan 6 baht (80 sen) untuk setiap satu produk tersebut menerusi laman web mereka.
Sirin juga menjelaskan nasi ayam yang dimasak daripada ayam diberi makan ganja menerima respons yang positif daripada kebanyakan pembeli.
"Kami merancang untuk menjual ayam panggang pula pada masa akan datang.
Produk ini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna yang mahu makanan organik dan sihat," tambahnya lagi. - Agensi
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
#ayam ternakan #diberi makan ganja #Fakulti Pertanian di Universiti Chiang Mai #komuniti penternakan di Lampang utara Thailand
;