Awan menyerupai UFO gemparkan penduduk Turkiye
Agensi
Januari 21, 2023 16:00 MYT
Januari 21, 2023 16:00 MYT
BURSA: Beberapa imej awan menyerupai piring terbang atau UFO yang terbentuk di langit bandar Bursa, Turkiye, menjadi perbualan ramai di media sosial.
Penduduk pada mulanya terkejut melihat satu struktur ganjil di langit Khamis lalu, sebelum pihak berkuasa mengesahkan ia adalah fenomena yang dipanggil lenticular clouds.
Sekali imbas, awan itu seakan-akan dua gelung cincin berbentuk bujur, dan bertahan selama kira-kira sejam sebelum hilang, lapor Anadolu.
Awan lentikular biasanya ditemui di kawasan berhampiran puncak gunung dan rabung. Ia terbentuk apabila lapisan atmosfera berada di puncak tepu.
Awan jenis ini boleh menjadi isyarat pemendakan pada keesokan harinya ketika cuaca menjadi lembap menjelang ribut.