Awan berbentuk kapal selam KRI Nanggala 402 buat netizen terpaku

Nickyson Nyambar
April 28, 2021 00:08 MYT
Sebuah video awan yang dikatakan mirip seperti kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam pada Rabu lalu, tular di media sosial. - Foto Instagram/@andrawan_ari
SEBUAH video awan yang dikatakan mirip seperti kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam pada Rabu lalu, tular di media sosial.
Video berkenaan menarik perhatian netizen, sekali gus mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.
Video berkenaan dirakamkan berhampiran Denpasar, Bali oleh individu dikenali sebagai Andrawan dan dikongsi menerusi laman instagramnya @andrawan_ari
Menurut Andrawan, dia merakam video berkenaan sekitar pukul 5 pagi untuk melihat matahari terbit dan hanya menyedari bentuk unik awan itu setelah melihat video itu secara berulang kali.
BACA: Tenggelamnya Nanggala 402: Kesemua 53 anak kapal selam meninggal dunia - TNI
BACA: Kapal selam Nanggala 402: Video viral kru nyanyi 'Sampai Jumpa' buat netizen sebak
Walau bagaimanapun, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia menjelaskan fenomena awan itu dikenali sebagai awan kumulus.
"Bentuk awan berkenaan dipengaruhi oleh proses cuaca iaitu pergerakan angin, wap air, dan jumlah wap air di kawasan berkenaan," ujar BMKG.
Secara saintifiknya, awan kumulus adalah merupakan tompokan awan dengan dasarnya rata dan struktur atas yang berbonggol-bonggol.
Dalam bahasa Latin, Kumulus juga dikenali sebagai 'timbunan' atau 'gumpalan'.
"Ia terjadi akibat proses perolakan.
"Ia juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu awan strato kumulus iaitu awan kumulus yang baru terbentuk; awan kumulus dan awan kumulonimbus iaitu awan kumulus yang sangat besar dan mungkin terdiri beberapa awan kumulus yang bergabung menjadi satu," memetik laporan Harian Metro.
#awan #kapal selam #Kri Nanggala #Tular #media sosial #video #Denpasar #Bali
;