Austria haramkan dana asing kepada pertubuhan Islam
AFP
Februari 26, 2015 11:49 MYT
Februari 26, 2015 11:49 MYT
Parlimen Austria pada Rabu meluluskan undang-undang mengharamkan sumber pembiayaan asing kepada pertubuhan Islam selain mewajibkan para imam bertutur dalam bahasa Jerman.
Undang-undang baharu ini bertujuan menerapkan apa yang dinyatakan Menteri Integrasi konservatif Sebastian Kurz sebagai "Islam berpewatakan Eropah."
Tindakan ini bertujuan melenyapkan pengaruh luar daripada negara Islam lain, termasuk pertubuhan dan dana asing ketika kebimbangan semakin meningkat tentang penyebaran fahaman pelampau Islam.
Langkah ini turut dipantau kalangan negara-negara Eropah lain yang berdepan masalah dengan radikal Islam.