Australia ubah lirik lagu kebangsaan
Astro Awani
Januari 1, 2021 06:44 MYT
Januari 1, 2021 06:44 MYT
SYDNEY: Australia mula menyanyikan lagu kebangsaan versi baharu bermula Jumaat, 1 Januari 2021.
Barisan lirik versi baharu yang diubah itu dinyanyikan "For we are one and free" dan bukan lagi "For we are young and free".
Perubahan pada satu perkataan "young" kepada "one" itu adalah sebagai usaha mengiktiraf kewujudan kaum pribumi yang telah menetap di negara itu sejak puluhan ribu tahun sebelum dijajah pendatang kulit putih pada abad ke-18.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berharap perubahan itu dapat mewujudkan ‘semangat perpaduan’ dalam kalangan warganya.
Awal tahun lalu, Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian pernah mencadangkan perubahan pada lirik lagu kebangsaan yang didakwa mengabaikan budaya lama di Australia.
#lagu kebangsaan Australia versi baharu
#For we are one and free
#iktiraf kaum pribumi
#Scott Morrison
#Gladys Berejiklian
#Australia ubah lirik lagu kebangsaan