Australia terima penumpang New Zealand tanpa perlu kuarantin
Agensi
Oktober 16, 2020 17:58 MYT
Oktober 16, 2020 17:58 MYT
SYDNEY: Penumpang pesawat dari New Zealand selamat tiba di Sydney, Australia pada Jumaat buat pertama kali selepas lima bulan tidak dibenarkan membuat perjalanan udara.
Penerbangan antara kedua-dua negara itu dimulakan pada awal pagi dengan lebih 350 penumpang.
Beberapa syarikat penerbangan antara kedua-dua negara itu kini memulakan semula operasi mereka yang sekian lama terkubur.
Sebanyak enam belas penerbangan dijadualkan beroperasi setiap minggu.
Menurut Air New Zealand, sebanyak 90 peratus penumpang menggunakan perkhidmatan penerbangan sehala sahaja.
Kesemua penumpang yang tiba di Sydney itu tidak perlu dikuarantin.
Bagaimanapun warga Australia masih tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke New Zealand.
#Australia
#New Zealand
#Sydney
#pesawat
#penerbangan tanpa kuarantin
#tanpa kuarantin
#penerbangan pertama
#operasi penerbangan