Australia terbuka terima Brenton Tarrant jalani hukuman penjara di negara asal

Agensi
Ogos 28, 2020 22:44 MYT
PM Australia, Scot Morrison berkata, pihaknya terbuka untuk membawa pulang Tarrant bagi menjalani hukuman penjara di negara asalnya. - Gambar fail/AP
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memaklumkan, beliau terbuka untuk membenarkan Brenton Tarrant menjalani hukuman seumur hidup di tanah airnya namun ia bergantung pada keinginan Tarrant sendiri.
Pemindahan itu akan membabitkan konvensyen antarabangsa dan memerlukan perubahan undang-undang di kedua-dua negara.
Tarrant, 29 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan membunuh 51 orang, serta cubaan untuk membunuh 40 orang lain dan satu tuduhan melakukan keganasan.
Ini merupakan kali pertama hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan di New Zealand.
BACA: Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
BACA: Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Menurut Morrison, sementara New Zealand masih tidak membuat permintaan rasmi, kerajaan Australia terbuka untuk membawanya kembali.
Tarrant merupakan warga Australia yang yang menetap di New Zealand.
New Zealand tidak melaksanakan hukuman mati, namun kesalahan membunuh dan keganasan membawa hukuman penjara minimum 17 tahun tanpa pembebasan.
Bagaimanapun, hakim diberi kuasa untuk memenjarakan seseorang tanpa kemungkinan untuk dibebaskan.
#Australia #Brenton Tarrant #hukuman penjara #New Zealand #Perdana Menteri Australia #Scott Morrison #serangan #serangan masjid Christchurch #undang-undang
;