Australia, New Zealand hantar pesawat pantau perairan Jepun
Reuters
September 7, 2018 08:45 MYT
September 7, 2018 08:45 MYT
Kerajaan Australia dan New Zealand hari ini berkata mereka akan menghantar tiga pesawat rondaan maritim ke Jepun dalam membantu usaha menguatkuasakan sekatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara.
Australia akan menambah dua lagi pesawat AP-3C Orion untuk lakukan rondaan maritim kepada satu pesawat sedia ada yang dikerah awal tahun ini, kata Menteri Pertahanan Christopher Pyne dalam satu kenyataan.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters berkata kerajaannya akan mengerah pesawat milik tentera udara P-3K2, yang akan lakukan rondaan di perairan antarabangsa di utara Asia.
Pesawat berkenaan juga akan memantau jika terdapat kapal yang tidak mematuhi sekatan tersebut.
"Kami mengalu-alukan dialog yang diadakan antara Korea Utara bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
"Namun sehingga Korea Utara mematuhi tanggungjawabnya, penguatkuasaan penuh sekatan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan PBB adalah perlu," kata Peters.
Tambahnya, pesawat berkenaan akan berpusat di Pangkalan Angkatan Tentera Kadena, Jepun.
Amerika Syarikat sebelum ini telah mendesak Korea Utara melalui beberapa sekatan yang dikenakan kepada negara Asia itu supaya menghentikan program senjata nuklearnya.
#Amerika Syarikat
#AP-3C Orion
#Australia
#Jepun
#Korea Utara
#New Zealand
#P-3K2
#PBB
#Tentera Udara