Australia jalin hubungan keselamatan dengan Myanmar

Astro Awani
Mac 18, 2013 23:40 MYT
Australia yakin untuk membina kerjasama keselamatan dengan Myanmar.
Keputusan itu dibuat susulan pemulihan demokrasi yang dilaksana pentadbiran negara itu.
Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyatakan komitmen Canberra dalam pertemuan dengan Presiden Myanmar, Thein Sein.
“Ianya bukan kerjasama berskala penuh namun keputusan ini adalah langkah pertama bagi kedua-dua negara memperkukuhkan keselamatan dan membuka lebih banyak peluang bagi kedua-dua pihak”, kata Thein Sein.
Beliau juga merupakan Presiden Myanmar yang pertama melawat Australia sejak tahun 1974.
Bagaimanapun lawatan sulungnya dibayangi bantahan berhubung isu hak asasi etnik minoriti Islam Rohingya.
Lebih 50 orang berhimpun bagi mendesak tindakan segera diambil berhubung status 800,000 masyarakat Rohingya yang berada di wilayah Rakhine.
Hak mereka sebagai warganegara sebelum ini masih dinafikan pihak Myanmar.
Layanan kelas kedua ke atas masyarakat Islam itu diburukkan lagi dengan pertelingkahan etnik yang majoritinya terdiri daripada penganut Buddha.
#Australia #etnik #Julia Gillard #Myanmar #Rohingya #Thein Sein
;