Australia dikecualikan dari tarif baharu yang diumumkan Trump
Agensi
Mac 10, 2018 12:39 MYT
Mac 10, 2018 12:39 MYT
Australia mengesahkan negara itu dikecualikan dari tarif keluli dan aluminium yang diumumkan Amerika Syarikat pada Khamis.
Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata Presiden Donald Trump telah memaklumkan perkara itu sendiri kepada beliau melalui satu perbincangan tertutup yang diadakan.
Keputusan tersebut menurutnya adalah satu penghargaan buat Australia.
"Oleh itu saya sangat gembira apabila Presiden Donald Trump mengesahkan bahawa Amerika Syarikat tidak akan mengenakan tarif ke atas keluli dan aluminium kepada Australia.
"Dan sudah tentu, kini dokumen undang-undang, proses pengisytiharan di bawah perintah eksekutif akan mengambil jalannya untuk melaksanakan arahan itu.
"Itu adalah hasil perbincangan yang sangat baik dan produktif dengan presiden. " jelasnya.
Tambahnya perbincangan itu memperlihatkan keakraban hubungan perdagangan kedua-dua negara.
Pada Khamis Trump mengumumkan pelaksanaan tarif sebanyak 25 peratus ke atas produk keluli dan 10 peratus ke atas produk aluminium atas sebab keselamatan ekonomi negara itu.
#aluminium
#Amerika Syarikat
#Australia
#Donald Trump
#ekonomi
#keluli
#keselamatan
#malcolm turnbull
#Perdana Menteri
#tarif