Australia bakal haramkan TikTok pada telefon rasmi kerajaan
Astro Awani
April 3, 2023 07:45 MYT
April 3, 2023 07:45 MYT
CANBERRA: Australia ikut jejak langkah beberapa negara mengharamkan aplikasi TikTok dalam telefon kerajaan atas faktor keselamatan.
Pengumuman berkaitan pengharaman itu dijangka dibuat minggu ini.
Menurut laporan media tempatan, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese bersetuju dengan larangan itu selepas selesai semakan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.
Negeri Victoria juga akan mengharamkan aplikasi video pendek itu daripada telefon kerajaan.
Sebelum ini Amerika Syarikat (AS), United Kingdon (UK), New Zealand, Kanada, Belgium dan Suruhanjaya Eropah menguatkuasa larangan muat turun aplikasi itu daripada peranti rasmi atas kebimbangan keselamatan.
TikTok kini jadi perhatian kerana kebimbangan ia dijadikan alat untuk kerajaan China untuk menuai data pengguna.
Sementara itu, Pengurus Besar TikTok Australia, Lee Hunter sifatkan syarikat itu kecewa dengan larangan yang diumumkan menerusi media itu.
Hunter menegaskan tiada bukti mengesahkan TikTok dalam apa cara sekalipun menjadi risiko keselamatan kepada warga Australia dan tidak seharusnya dilayan secara berbeza dengan platform media sosial lain.