Aung San Suu Kyi tolak misi penyiasat PBB isu Rakhine

Agensi
Mei 3, 2017 08:36 MYT
Suu Kyi juga menolak dakwaan kerajaan myanmar gagal bertindak untuk tangani situasi di negeri itu. - Foto AP
Kaunselor negara Myanmar, Aung San Suu Kyi menolak resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar misi penyiasat berhubung dakwaan pencabulan hak asasi di Rakhine.
Suu Kyi juga menolak dakwaan kerajaan Myanmar gagal bertindak untuk tangani situasi di negeri itu.
Pemenang hadiah Nobel Keamanan ini sebaliknya mendakwa, Myanmar sedang dalam proses menyelesaikan masalah di Rakhine di peringkat akar umbi.
Kenyataan ini dibuat selepas pertemuannya dengan Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Federica Mogherini.
Suu Kyi pertahankan resolusi PBB tidak mengambil kira situasi sebenar, dan hanya membesar-besarkan isu itu.
Beliau turut ulangi sokongan terhadap saranan dibuat bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula program untuk mengesahkan kewarganegaraan etnik Rohingya.
Etnik itu berdepan diskriminasi kerajaan sejak berpuluh tahun yang lalu.
#Aung San Suu Kyi #misi penyiasat #Myanmar #PBB #Rakhine
;