Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua
Agensi
Ogos 4, 2020 05:00 MYT
Ogos 4, 2020 05:00 MYT
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bakal bertanding bagi pilihan raya penggal kedua selepas mencalonkan diri sendiri.
Pencalonan yang dilakukan itu disambut oleh puluhan penyokongnya sewaktu Suu Kyi mengemukakan sijil pencalonan diri sendiri kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Yangon pada Selasa.
Sebelum ini, Suu Kyi dilarang menjadi presiden dengan klausa dalam perlembagaan di bawah pemerintahan tentera.
Kemudian, jawatan penasihat negara telah dibentuk oleh partinya sebagai jalan keluar, dan memberikannya kuasa eksekutif, yang mana sekali gus membenarkannya memegang jawatan menteri luar.
Suu Kyi memimpin parti Persatuan Kebangsaan Demokrasi (NLD) sewaktu kemenangan besar dalam pilihan raya terakhir 2015.