Aung San Suu Kyi didapati bersalah, dipenjara 4 tahun

Agensi
Disember 6, 2021 14:29 MYT
Suu Kyi didapati bersalah atas kesalahan menghasut rakyat untuk menentang pemerintahan tentera dan melanggar undang-undang berkaitan COVID-19. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada pemimpin demokrasinya, Aung San Suu Kyi.
Dia didapati bersalah atas kesalahan menghasut rakyat untuk menentang pemerintahan tentera dan melanggar undang-undang berkaitan COVID-19.
Memetik laporan agensi berita AFP, perkara itu disahkan oleh jurucakap junta kepada agensi tersebut.
Penerima anugerah Nobel itu ditahan sejak kerajaan pentadbirannya digulingkan pada 1 Februari lalu.
#Aung San Suu Kyi #suu Kyi dipenjara #Junta tentera Myanmar #Myanmar
;