Aung San Suu Kyi didakwa import walkie-talkie secara haram
Agensi
Februari 3, 2021 19:51 MYT
Februari 3, 2021 19:51 MYT
POLIS Myanmar telah memfailkan pendakwaan terhadap Aung San Suu Kyi, pemimpin yang digulingkan junta tentera Myanmar atas kesalahan mengimport peralatan komunikasi secara haram.
Menurut dokumen polis, Suu Kyi, 71, akan ditahan sehingga 15 Februari untuk tujuan siasatan.
Sebanyak 10 alat walkie-talkie ditemui dalam satu serbuan di rumahnya, yang didakwa dibawa masuk ke dalam negara tanpa kebenaran.
Sejak rampasan kuasa oleh junta tentera pada Isnin, lokasi penahanan Suu Kyi tidak didedahkan sekali gus mencetuskan protes oleh kumpulan-kumpulan prodemokrasi.
Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) bagaimanapun menyatakan semalam bahawa pemimpin parti itu telah dialihkan untuk ditahan di rumahnya yang terletak di ibu negara Naypyidaw.
Dalam dokumen berasingan, polis turut memfailkan dakwaan terhadap Presiden Win Myint mengikut Undang-Undang Pengurusan Bencana.
Semalam, bandar terbesar di Myanmar, Yangon riuh dengan bunyi mengetuk periuk belanga dan hon kereta sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa tentera.
Beberapa penduduk turut melaungkan desakan supaya Suu Kyi dibebaskan segera.
Gerakan tersebut yang digelar ‘Myanmar Civil Disobedience Movement’ juga mendapat sokongan petugas-petugas kesihatan.
Beberapa kakitangan di 70 hospital di 30 bandar serata Myanmar telah berhenti bekerja sejak Rabu sebagai tanda protes.
#Aung San Suu Kyi
#Myanmar
#Burma
#Rampas kuasa
#tentera
#Junta
#Naypyidaw
#Yangon
#Liga Demokrasi Kebangsaan
#NLD
#Civil Disobedience Movement
#protes