Aung San Suu Kyi berdepan hukuman penjara 15 tahun

Astro Awani
April 25, 2022 08:30 MYT
Suu Kyi didakwa terima rasuah AS$600,000 dan 11.4 kilogram emas daripada bekas Ketua Menteri Yangon, Phyo Min Thein. - Foto REUTERS
PEMIMPIN Myanmar, Aung San Suu Kyi berdepan kemungkinan dipenjara 15 tahun susulan beberapa dakwaan rasuah yang dikenakan ke atasnya.
Mahkamah Tentera dijadual membuat keputusan berkaitan kes berkenaan hari ini.
Sejak digulingkan daripada kerajaan tahun lalu, pemenang hadiah Nobel keamanan ini dituduh dengan beberapa dakwaan.
Ini termasuk menggalakkan keganasan dan pencabulan undang-undang pilihan raya negara dan negeri yang mana hukuman bagi kesalahan-kesalahan ini boleh membawa sehingga 150 tahun penjara.
Suu Kyi sudah didapati bersalah atas dua tuduhan lebih ringan dan dihukum penjara enam tahun.
Menurut sumber, Suu Kyi didakwa terima rasuah AS$600,000 dan 11.4 kilogram emas daripada bekas Ketua Menteri Yangon, Phyo Min Thein.
Phyo Min, yang juga anak didik Suu Kyi, dalam keterangannya mengakui memberikan wang dan emas sebagi ganti untuk sokongan daripada Suu Kyi.
Suu Kyi bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Ketika ini Suu Kyi ditahan di satu lokasi rahsia, tanpa kebenaran menerima pelawat.
junta juga mendakwa suu kyi diberi peluang yang adil untuk mempertahankan diri.
#Aung San Suu Kyi #penjara #Rasuah #mahkamah tentera
;