'Atuk' ketagih filem lucah jadikan cucu pemuas nafsu
Agensi
Disember 16, 2018 18:47 MYT
Disember 16, 2018 18:47 MYT
Seorang datuk dilaporkan sanggup menjadikan cucu sendiri berusia 10 tahun sebagai pemuas nafsu.
Ibarat perumpamaan harapkan pegar, pegar makan padi, lelaki berusia 56 tahun itu turut memperkosa anak saudara isterinya yang berusia 12 tahun.
Perbuatan itu berlaku di daerah Kotagede, Yogyakarta, seperti dilaporkan Tribunnews.
Namun perbuatan onarnya itu terbongkar Rabu lalu selepas mangsa berusia 10 tahun mengadu sakit di bahagian perut ketika hendak membuang air kecil dan berjalan.
Pemeriksaan hospital mendapati budak perempuan itu dirogol berulang kali dan doktor menasihati keluarga mangsa supaya membuat laporan polis.
"Pelaku merogol cucunya selama hampir setahun, bermula Februari lalu.
"Pelaku melakukan perbuatan itu setiap kali isterinya tidur.
"Mangsa diugut supaya merahsiakan kejadian itu," menurut Ketua Polis Kotagede, Abdul Rochman S.Ag.
Katanya, siasatan lanjut mendapati pelaku turut memperkosa anak saudara isterinya dan sering memberikan wang dan hadiah kepada mangsa agar menutup mulut.
Tambahnya, pelaku turut memaksa kedua-dua mangsa menonton filem lucah bersamanya.
Difahamkan, kedua-kedua mangsa mengalami trauma dan gangguan psikologi yang teruk akibat sering diugut pelaku.
"Polis telah menahan pelaku di rumahnya pada Jumaat lalu dan turut merampas sebuah set televisyen dan sekeping cakera video digital (VCD) lucah.
Difahamkan, pelaku bakal menghabiskan sisa kehidupannya di belakang tirai besi jika disabit bersalah oleh mahkamah. - Tribunnews