ATHENS: Atlet lompat jauh terkenal Greece akan melelong kasutnya untuk disumbangkan kepada kanak-kanak mangsa gempa bumi Turkiye, lapor media tempatan pada Khamis.

Kasut itu yang dipakai oleh pemenang pingat emas Olimpik, Miltiadis Tentoglou ketika beraksi pada Jelajah Tertutup Olahraga Dunia di Perancis pada Rabu itu akan dilelong seperti yang dicadangkan oleh jurulatihnya Giorgos Pomaski, lapor Agensi Anadolu memetik ERT.

Tentoglou yang dilahirkan pada 1998, memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan lompatan 8.41 meter.

Beliau juga memenangi empat gelaran Eropah berturut-turut pada 2019, 2020, 2021 dan 2022.

Sekurang-kurangnya 38,044 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari, menurut agensi bencana negara itu pada Jumaat.

-- BERNAMA