Asteroid sebesar Arc de Triomphe diramal menghentam bumi September ini

Saraya Mia
Jun 25, 2019 12:28 MYT
Asteroid sebesar Arc de Triomphe berkemungkinan menghentam bumi pada September ini. -Foto Pixabay
SEBUAH asteroid sepanjang 40 meter dijangka menghentam bumi pada 9 September ini.
Kajian Agensi Angkasa Eropah (ESA) mendedahkan Asteroid 2006 QV89 itu akan berada pada jarak 6.7 juta kilometer (km) dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.
Berdasarkan kajian saintis ESA, kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.
Namun, peratus itu mungkin meningkat jika tiada langkah diambil bagi mengelak perkara ini daripada berlaku.
“Ia tidak mustahil berlaku; ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.
Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.
Letupan bersamaan 30 bom atom Hiroshima pada Perang Dunia Kedua itu merupakan yang terbesar di abad ini, mengatasi insiden letupan meteor di Tunguska pada 1908 yang memusnahkan ratusan batu persegi kawasan hutan di negara timur Rusia.
Baru-baru ini, NASA melakukan satu simulasi mengerikan untuk melihat bagaimana ia dapat mengelak asteroid daripada melanggar bumi.
BACA: Bagaimana jika New York dihentam asteroid? Simulasi NASA dedah fakta mengerikan
BACA: Asteroid sebesar bangunan Burj Khalifah sedang bergerak menghampiri Bumi
BACA: Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi
BACA: Asteroid gergasi bakal memasuki atmosfera bumi?
#Agensi Angkasa Eropah #asteroid #Asteroid 2006 QV89 #Bumi #ESA #meteor #NASA
;