Asteroid gergasi bakal memasuki atmosfera bumi?
Kohilah Sekaran
Januari 2, 2019 17:59 MYT
Januari 2, 2019 17:59 MYT
PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) sebelum ini mengumumkan bahawa asteroid gergasi yang dinamakan 2002 NT7 dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi.
Menurut NASA, batuan angkasa itu dijangka menghentam bumi pada 2019 pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.
Mengikut perkiraan NASA, asteroid itu dijangka menghentam bumi iaitu pada 1 Februari.
Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu kemudian ditarik serta-merta oleh pihak NASA.
Jelas NASA itu, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi.
Tambah mereka, 2002 NT7 bakal melintasi bumi tanpa terjadi sebarang pelanggaran, iaitu dijangka pada 13 Januari ini.
Sementara itu, tindakan NASA yang secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman, juga telah menjadi topik perdebatan hangat.
Portal Daily Star melaporkan, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk 'menutup' ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.
Menurut mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai 'risiko impak positif' yang dipercayai bakal menghentam bumi.