Asteroid dengan kelajuan 8.16km/s akan melintasi Bumi pada Selasa ini

Agensi
Ogos 30, 2020 09:59 MYT
Asteroid ES4 dengan diameter di antara 22 dan 49 meter akan berada hampir dengan Bumi pada Selasa ini. -Gambar hiasan
Sebuah asteroid dengan diameter di antara 22 dan 49 meter akan berada hampir dengan Bumi pada Selasa ini.
Menurut tweet oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), asteroid yang dinamakan sebagai ES4 itu akan melintasi Bumi pada ketinggian 72,420 kilometer, bersamaan dengan luas 792,000 padang bola sepak.
Bagaimanapun NASA mengesahkan asteroid itu tidak memberi sebarang ancaman kepada Bumi.

Will #asteroid 2011 ES4 hit Earth? No! 2011 ES4s close approach is close on an astronomical scale but poses no danger of actually hitting Earth. #PlanetaryDefense experts expect it to safely pass by at least 45,000 miles (792,000 football fields) away on Tuesday Sept. 1.

— NASA Asteroid Watch (@AsteroidWatch) August 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
NASA menganggarkan asteroid itu akan bergerak dengan kelajuan 8.16 kilometer sesaat.
Asteroid ES4 itu, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan asteroid berhampiran Bumi atau dikenali sebagai Apollo, telah dikenal pasti pada musim panas 2011.
#ancaman #asteroid #Bumi #ES4 #hampir dengan Bumi #Moscow #NASA
;