Asteroid bersaiz dua kali ganda Menara Eiffel lintas ruang angkasa bumi hari ini
Agensi
Mac 21, 2021 14:11 MYT
Mac 21, 2021 14:11 MYT
SEBUAH asteroid dengan saiz dua kali ganda Menara Eiffel, yang pertama kali ditemui 20 tahun lepas, akan melalui ruang angkasa Bumi hari ini, dedah Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA)
Portal Daily Mail melaporkan, asteroid yang dikenali sebagai 2001 FO32 itu, akan melalui bergerak pada jarak 1.25 juta batu, sekali gus menjadikan ia paling besar yang melintasi ruang angkasa Bumi tahun ini.
NASA berkata, sewaktu asteroid itu memulakan perjalanan merentasi sistem solarnya, kelajuannya akan meningkat sepertimana pemain papan selaju yang menuruni ‘half-pipe’, sebelum kembali perlahan dan melantun kembali ke arah matahari.
“Ia tidak menunjukkan sebarang ancaman kepada Bumi, kerana titik paling dekat ia akan berada adalah lima kali jarak antara planet ini dengan bulan.
“Ia akan kelihatan pada 21 Mac, tetapi hanya hanya boleh dilihat oleh ahli astronomi menggunakan teleskop besar pada selatan hemisfera, dan latitud rendah di bahagian utara Bumi,” menurut portal itu lagi.
Menurut laporan itu lagi, walaupun berada lebih dari satu juta batu jauhnya, NASA berkata ia akan memberi peluang kepada para astronomi untk melihat lebih jelas peninggalan batu dari awal kewujudan sistem suria.
NASA berkata, 2001 FO32 akan melintasi pada kelajuan 77,000 batu sejam, lebih pantas dari mana-mana aseroid yang melintasi ruang udara sebelum ini.